RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Monday, December 14, 2009

Salam Perkenalan & Mukadimah Sebagai Langkah Pertama

15/12/2009 ~ Salam perkenalan kepada pembaca semua.Saya akan membahasakan diri di dalam blog yang khas untuk diari harian saya sebagai ibu. Disini ibu ingin memperkenalkan 1 blog untuk tatapan semua begitu juga untuk tatapan anak-anak ibu. Tujuan ibu menulis Blog ini adalah untuk sama-sama berkongsi dengan pembaca serta anak-anak ibu sepanjang ibu mengandung, melahirkan dan melihat perkembangan anak-anak.

Ketika menaip ini, ibu berasa teruja dan sangat berdebar. Mungkin kerana tidak sabar untuk melihat dan menceritakan perkembangan ibu sepanjang mendapat gelaran ibu ini. Walaupun kandungan ibu baru berusia masuk 9 minggu, tapi ibu tak sabar menceritakan pahit getir dan suka duka dalam mengharunginya.

Disamping itu, ibu juga ingin mengajak ibu-ibu yang mempunyai cerita yang sama dan ingin berkongsi pengalaman sebagai ibu didalam blog ini. Ibu juga memerlukan galakan serta sokongan pembaca semua dalam mengahrungi alam mengandung ini.

Telah banyak bacaan yang ibu baca untuk memelihara bayi dalam kandungan.Ibu juga terharu membaca kisah-kisah ibu-ibu yang melahirkan anak dalam keadaan yang sangat mencabar tetapi dapat diharungi juga..Pengorbanan seorang ibu tidak dapat di ganti dengan apa cara sekali pun. Apabila kite mengalaminya sendiri,barulah kita paham kenapa dan bagaimana seorang ibu sungguh sensitif sekiranya anak sendiri tidak mempedulikan mereka.

Majalah seperti PA&MA sangat memberi pengajaran kepada ibu yang baru mengandung sulung dan banyak yang ibu perlu pelajari dari semasa ke semasa.

Ibu berharap selain dari majalah-majalah, ibu juga mengharapkan agar kaum ibu-ibu dapat berkongsi dengan ibu dalam menjaga serta tips-tips yang berguna sepanjang mengandung ini.

Sekian terima kasih.