RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Sampai tertido..Bahagia nya


Sambil tido, sambil menyusu.. Bahagia rasa dapat meneruskan penyusuan untuk Fakhrul ini.. :)
Walaupun ibu sentiasa rasa susu ibu tidak mencukupi buat Fakhrul, ibu tahu itu hanyalah mainan perasaan ibu.. Ibu cuba memusabahkan diri untuk menyatakan bahawa Fakhrul puas minum susu ibu. Ibu bahagia bila Fakhrul tertido2 sambil menyusu. Akan ibu cuba sedaya upaya untuk meneruskan Breastfeeding ini. :)

Susu Ibu & Fakhrul


Salam semua..Ibu masih mencari apa2 cara untuk ibu perbanyakkan susu ibu ni..setakat ini ibu masih tidak dapat menyimpan stok yg banyak bagi susu ibu buat si kecil kesayangan ibu. Ibu tahu kebaikan susu ibu ni xterdapat dalam mana2 susu formula..Jadi ibu terus dan terus beusaha dalam membolehkan ibu mendapat sebanyak yg boleh dalam menambah stok yg ada..jadi ibu akan cuba pelbagai nasihat yg diberikan..


Kebetulan ayah ajak ibu pergi Jusco IOI tuk mencari susu Fakhrul yang dah habis..(Sedih xdapat wat stok susu ibu) Sedang mencari2 susu Fakhrul, ibu ternampak Susu untuk perbanyakkan susu ibu sekiranya ibu minum susu ini. Ibu pernah dengar kawan ibu suruh mencuba minum susu ini untuk menambahkan susu ibu. Jadi ibu tanpa segan silu meminta ayah belikan untuk ibu..he..Susu Fakhrul belum jumpa dah beli susu ibu lak..

Ini susu Fakhrul. S26 setakat ini tak ada masalah. Walaupun dah 3 susu ibnu tukar sementara ibu tak ada susu semasa Fakhrul masih 1hari..Ibu memang rugi serugi2 nye..Tapi siapa ibu tuk lawan takdir??

Ibu akan terus mencuba dan mencuba tanpa rasa putus asa. Sekurang2 nya ibu masih xmahu putuskan susu ibu dengan Fakhrul :)

Thursday, November 11, 2010

Breastfeeding


Semalam ada seorang kaunselor dari K.L call ibu berkenaan breastfeeding. Ibu ada meluahkan perasaan pada seorang rakan di FaceBook tentang susu ibu yang terlalu kurang dan menyebabkan anak ibu xmahu menyusu. Ibu agak sedih dan meluahkan kepada rakan ibu tu dan rakan ibu cuba membantu dengan memberi no tel ibu kepada kaunselor di sini. Ibu berminat sangat tentang breastfeding ni. Dan ibu sentiasa mengamalkan petua yang diberi. Tak kira la dari segi urutan atau minuman, ibu mesti berusaha mendapatkan nya. Sekarang ibu berasa semangat bila kaunselor dari K.L tu memberikan kata-kata semangat tuk ibu terus kan Breastfeeding. Terima kasih to
http://mamaqaireen.blogspot.com/
kerana banyak membantu ibu dalam mendalami tentang penyusuan susu ibu ini.

Perasaan ibu dalam memberi susu ibu cukup mendalam. Ibu suke dan gembira dapat memberi susu kerana ibu berasa sangat rapat dengan ank ibu. Ibu dapat memegang kepala dan tangan anak ibu. sambil menyusukan ibu dapat bercerita dan Fakhrul memberi tindak balas terhadap apa yang ibu sampai kan. kerana itu lah ibu terlalu berusaha dalam meneruskan penyusuan ibu ini. Terima kasih kepada yang berkenaan kerana membantu ibu.

Tambah Susu Badan


Ibu memang kurang sangat susu badan. Kadang2 terasa sedih gak sebab terpaksa campurkan susu Fakhrul dengan formula. Adakala nya susu ibu xcukup untuk Fakhrul. Ada sekali Fakhrul mengamuk setiap kali minum susu ibu. Ibu tetap berkeras nak mnyusukan Fakhrul tanpa bagi susu formula. Atlast ibu terpaksa mengalah jugak bila jam menunjukkan pukul 2am. Sian kat ayah yang xtido tengok Fakhrul menangis. Susah hati ayah tengok Fakhrul macam tu. After Ayah bagi susu formula, baru Fakhrul tido kekenyangan.Hm...Sedih ibu..

So tuk hari2 berikut nya ibu cuba untuk perbanyakkan susu. Ibu ada ternampak kat Fabulous Mom teh untuk ibu2 menyusu. Ibu pun beli la tuk percubaan. Kandungan Teh tu hanyalah rempah2 tuk masak kari. Ibu cuba tuk seminggu. Hm..agak nye tak berapa sesuai dengan ibu kot. So ibu agak kecewa jugak.

Tak pe la..Sekurang2 nya ibu berusaha. Ibu takkan berputus asa menyusukan Fakhrul. Ayah pun memberi dorongan pada ibu dan selalu bercakap dengan Fakhrul tuk minum susu ibu sebab ayah tau kebaikan susu ibu sangat besar.Terima kasih ayah..