RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Showing posts with label 3 Bulan. Show all posts
Showing posts with label 3 Bulan. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Fakhrul & Kerja Rumah

Memang agak sukar nak buat 2 kerja dalam 1 masa yang sama. Kadang2 terpaksa bergilir dengan ayah tuk jaga Fakhrul sementara ibu kemas rumah & memasak. Lepas ayah habis makan, baru ibu makan lak. Macam tu gak kalau berjaga malam. Kalau tiba masa nya Fakhrul tak nak tido, ibu akan bergilir dengan ayah. If ayah dah jaga pada ke esokan nya, ibu lak yg berjaga tuk Fakhrul. Nampak macam sukar, tapi seronok melayan si kecil.

Ayah sibuk dengan ikan gapi nye sekarang. Jadi ibu terpaksa jaga Fakhrul sambil buat kerja rumah. Ibu tak boleh biarkan Fakhrul sorang2. Kalau tak Fakhrul akan menerap dan tonyoh muka tu kat toto. Kadang2 ibu x perasan Fakhrul muak dan kena pada seluruh muka. Takut jugak muak tu akan buat anak ibu lemas.. Jadi tuk elak kan perkara itu, ibu buat cara begini je.

Lepas habis kerja2 rumah ibu, baru ibu perasan Fakhrul dah tertido. Bukan main sedap lagi dapat di dukung macam ni. Senyap je. Tak bunyi langsung. Cuba kalau dibiar kan. Mau Bising mulut nye memanggil Ibu & Ayah supaya layan dia. :) Macam2 anak ibu ni..

~Merangkak~


Tak sangka ibu anak ibu dah makin membesar..pejam celik, pejam celik ibu xsangka Fakhrul dah boleh menerap. Pada mula nya ibu macam x percaya bila Ayah maklumkan kat ibu yang Fakhrul boleh menerap. Time tu pun ibu belum masuk rumah coz balik dari kerja. Hilang penat ibu melihat Fakhrul berusaha memusingkan badan..hampir x percaya coz Fakhrul baru 3 bulan.

Ini lah punca Fakhrul meragam dan demam hari tu. Ibu & Ayah bergilir2 ambil cuti semata2 kerana Fakhrul demam. Sampai naik kuning seluruh badan Fakhrul ibu lumurkan dengan kunyit dan asam jawa. Alhamdulillah kebah jugak panas Fakhrul petang tu. Bukan ibu xnak bawak gi klinik, tapi kereta ibu masuk bengkel. Ibu xsuka nak menyusah kan orang lain tuk hantar & berambik..biar la ibu usaha sendiri.

Tak kisah la kalau Fakhrul dah boleh menerap..ibu betul2 gembira..Tak lama lagi Fakhrul boleh merangkak, kemudian bertatih dan berjalan..tak sabar ibu nak tunggu langkah Fakhrul seterus nye.

Tuesday, November 2, 2010

Ragam Fakhrul

Semalam aku agak tensen..Fakhrul meragam..bukan semalam sahaja, tapi dah 3 hari dia meragam nak berdukung..pada mula nya sesuatu telah mengejutkan aku & hubby..Pada hari jumaat 29/10/10 Fakhrul menunjukkan yg dia dah pandai menerap..memang agak cepat sebab Fakhrul baru 3 bulan 18 hari. Tak sangka..aku terus maklumkan pada Opah nye..Opah pun teruja dengar Fakhrul cepat sangat menerap sedangkan Adriana 5 bulan baru menerap..

Kemungkinan Fakhrul yang mempunyai berat yg ringan..aku xtau nak berkongsi dengan siapa..habis dengan semua org aku call bagitahu tentang Fakhrul..

Cume semenjak Fakhrul menerap ni dia agak meragam..xboleh nak letak langsung..pasti dia menerap dan xdapat nak control kepalanya..sampai 1 tahap aku pun naik bosan..bile ayahnya balik, baru aku dapat rehat..cume aku simpati sangat pada Fakhrul sebab aku xbanyak layan dia.. :(

Semalam Fakhrul menangis sepanjang malam..aku andaikan mungkin disebabkan kami keluar malam dan ada 'bende' ikut..tapi rupenye Fakhrul xnak menyusu dgn aku lagi..dia nak hisap botol..aku agak sedih dan rasa terpinggir..lepas Fakhrul tido, aku peluk dia dan tido bersama sehingga pagi..rasa semacam bile dia dah x menyusu badan ni..

Aku nak tengok macam mana malam ni..adakah dia masih xmahu menyusu badan??aku pun dah xde mood nak perah bila jadi macam ni..sebab keputusan nye sama..bila aku perah hanya akan dapat 1 onz sahaja.. :(