RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Showing posts with label 5 bulan. Show all posts
Showing posts with label 5 bulan. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Botol Oh Botol

Ibu sangat susah hati sekarang.. Fakhrul tak nak minum susu pakai botol sekarang. Tak tau ape masalah nye. After makan ubat time demam seminggu tu, langsung tak nak susu dalam botol. Berhari gak Fakhrul tak minum susu sebab bile ibu & ayah sua je susu botol dalam mulut nye, Fakhrul akan menjerit2 menangis tak nak minum. Sampai ibu pun turut mengalirkan air mata susah hati. Tak sanggup ibu nak dengar Fakhrul menjerit2 macam tu.

Akhir nye Opah bagi Fakhrul makan. Time tu memang kesian sangat sebab kata opah perut Fakhrul berbunyi2 bila makanan tu masuk dalam perut. Nampak sangat betapa kosong nye perut Fakhrul.

Ape yang ibu risau kan sekarang time ibu hantar kat babysister Fakhrul tak nak botol. So macam mana ibu nak buat? Ibu risau sangat2.



Befor this ibu ada bagi Fakhrul botol jenama MAM. Elok sangat botol ni becouse puting nye like breast & sesuai tuk baby yang breastfeeding. Tapi disebabkan Fakhrul demam & ibu teman almost 4 days time Fakhrul demam, terus Fakhrul tak nak minum botol susu. Jadi ibu cube tanya pendapat2 kawan2 ibu di FB tentang pengalaman diaorg & ape tindakan selanjut nye..

Macam2 info yg ibu dapat..antara nya tukar susu..mungkin Fakhrul xsuke akan rasa susu tu dah..atau tukar puting susu. Hm..cakap pasal puting susu ni, ibu takut & risau lak..mane nak cari puting yang sesuai & yg Fakhrul suke..jadi ibu cube ganti kan dengan pelbagai puting..seperti dibawah ni..

Jenama Pigeon

Jenama Anak ku

Pelbagai lagi jenama yang diaorg suggest kan kat ibu. Ibu pun dah try beli jenama NUK, PUREEN & Ibu mencari Dr Baby pulak.

Tapi semua nye tak jalan..nampak nye ibu kene gak paksa. Bukan ape..Ibu risau kan kalau Fakhrul kat rumah pengasuh.Kalau Fakhrul tak nak botol,ape ibu nak buat?

Buntu...buntu..

Monday, December 13, 2010

Fakhrul 5 Bulan


Salam semua para ibu-ibu..
Ibu hari ni bawak Fakhrul pergi cucuk untuk 5 bulan. Alhamdulillah..Fakhrul dah semakin membesar. Walaupun kali ini berat Fakrul agak berkurangan berbanding bulan lepas disebabkan Fakhrul sering demam2 dan selsema, tapi doktor mengesahkan bahawa Fakhrul sihat.

Bulan depan ibu akan prepair kan makanan pertama Fakhrul. Jadi sementara ibu belum tahap sibuk di ofis, ibu akan menyibukkan diri untuk mencari seberapa banyak maklumat tentang makanan pertama si manja. Ibu ada bertanyakan pada kawan-kawan dan menjenguk pada beberapa blog ibu-ibu yang menceritakan tentang makanan si manja mereka. Tak sabar ibu nak menyediakan makanan tuk Fakhrul. Di peti ais ibu pun ibu ada tampalkan jadual pemakanan Fakhrul. he..nanti ibu akan tampalkan di Blog juga..Sekarang ibu akan sambung tuk mencari pelbagai maklumat lagi..k??
:)