RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Wednesday, December 22, 2010

Kene ketegur atau demam biasa?

Kesian sangat ank ibu ni. Kali ni demam sekejap2 panas, kejap2 kang ok. :(
After cucuk for 5 month, anak ibu terus naik panas. Memang ibu akan bawak Fakhrul gi cucuk kat klinik kerajaan, tapi kali ni ibu dah serik. Dah 5 bulan pun still kene demam lagi..Something wrong x??? Sebelum ni memang Mak Long & Opah xbagi cucuk kat kerajaan. Tapi ibu degil. Bagi ibu xde beza nya kerajaan atau swasta. Cucuk yg sama. Tapi sekarang buat ibu fikir 3 4 kali. After this, ibu kene cube kat Klinik Kanak2 lak..

Sebelum ni Fakhrul selsama jangkit kat "Ibu" Nani (Pengasuh baru). Tapi baru baik dalam 2 hari dah panas balik badan nye. Ni semua gara2 cucuk for 5 month. Tapi fikir2 balik, malam tu ibu ada keluar makan malam kat kedai. Adakah sebab itu juga??

Seharian Fakhrul meragam. Tak nak tido, tak nak susu..ibu dah mati akal. Ape ibu nak buat? Fakhrul asyik nak berdukung. Menangis tak berhenti. Sebelum ni Fakhrul tak pernah macam ni. Even sakit pun tak pernah meragam sampai tak tido malam. Sedih sangat2 hati ibu tengok anak ibu macam ni. Tapi bak kata Ayah, Kalau ibu tensen, Anak pun akan tensen gak.

Dah 3 hari Fakhrul demam. Panas sekejap ok, sekejap naik balik. Ibu dah berulang alik ke klinik pakar untuk rujukan. Tapi still tak ok gak. Jadi bile panas nye naik je, ibu terus siapkan barang2 tuk aktiviti melumurkan badan Fakhrul.


Ini daun bunga raya warna putih. Ibu dapat petua dari "Ibu" Nani. Daun ni agak kecil dari daun bunga raya biasa. Petang tu ayah jalan2 sambil petik daun nye. Malam tu ibu telanjang kan Fakhrul, bentangkan kain & sesi melumurkan badan Fakhrul dengan lendir daun tu pun berlaku. Fakhrul agak terkejut kot sebab maybe sejuk sikit daun tu bile kene badan.


Muke Fakhrul pun pelik je bile dilumur kan..Kejap2 menangis gak bile kene kasar2 dari daun tu. Ibu sapukan seluruh badan Fakhrul dengan daun bunga raya.


Begini la keadaan Fakhrul after dilumurkan..penuh daun2 kat badan & muke nye..


Ibu ambik sikit kunyit & tumbuk sampai halus. Ibu sapukan air kunyit tu kat batang hidung Fakhrul & dahi tu.


Dah macam anak teting x?? Hehehe..Habis kuning muke Fakhrul dengan kunyit. Ibu biarkan sampai kering baru ibu lap badan Fakhrul. Sepanjang demam ni ibu xbagi Fakhrul pakai baju tebal2 dan lengan panjang. Biar panas tu keluar. Kalau bagi pakai yg tebal2 disebabkan takut sejuk, akan memudaratkan lagi demam tu. Ini disebabkan panas badan tak dapat dilepaskan keluar dan akan menambahkan suhu panas itu lagi.


Tengok je la aksi anak ibu ni. Walaupun demam tak kebah2, Fakhrul tetap aktif seperti selalu. Ini membuat hati ibu sedikit lega. Doktor pun cakap macam tu. Kalau baby aktif, ini bermakna baby tu demam biasa je. Alhamdulillah..sekarang ni anak ibu dah elok dari demam. tak sampai 3 hari after jumpa doktor untuk kali ke-3. Maybe ubat doktor bagi tu membuatkan ank ibu sihat dah. :)

Monday, December 13, 2010

Fakhrul 5 Bulan


Salam semua para ibu-ibu..
Ibu hari ni bawak Fakhrul pergi cucuk untuk 5 bulan. Alhamdulillah..Fakhrul dah semakin membesar. Walaupun kali ini berat Fakrul agak berkurangan berbanding bulan lepas disebabkan Fakhrul sering demam2 dan selsema, tapi doktor mengesahkan bahawa Fakhrul sihat.

Bulan depan ibu akan prepair kan makanan pertama Fakhrul. Jadi sementara ibu belum tahap sibuk di ofis, ibu akan menyibukkan diri untuk mencari seberapa banyak maklumat tentang makanan pertama si manja. Ibu ada bertanyakan pada kawan-kawan dan menjenguk pada beberapa blog ibu-ibu yang menceritakan tentang makanan si manja mereka. Tak sabar ibu nak menyediakan makanan tuk Fakhrul. Di peti ais ibu pun ibu ada tampalkan jadual pemakanan Fakhrul. he..nanti ibu akan tampalkan di Blog juga..Sekarang ibu akan sambung tuk mencari pelbagai maklumat lagi..k??
:)

Friday, December 3, 2010

~Demam Lagi~

Tengok la anak ibu ni..Setiap kali pergi cucuk, sure demam. Seminggu sebelum pengasuh lama berhenti, Fakhrul demam selsema..Hari pertama hantar Fakhrul kat pengasuh baru, demam.. Tak sampai sebulan demam selsema lagi..

Seminggu sekali mesti ibu terpaksa ambil cuti becouse of demam Fakhrul ni. Ibu & Ayah bergilir menjaga Fakhrul yg xberapa sihat. Hati ibu sedih sgt tengok anak ibu meragam sebab tak selesa hidung tersumbat.

Ibu xgalak kan Fakhrul makan ubat. Baby xelok makan ubat dan tido sahaja. Sebelum ni ibu tak tahu pun dan setiap kali Fakhrul sakit, ibu akan bagi makan ubat supaya Fakhrul tido & rehat secukup nye..Rupe nye itu tak elok untuk baby. After ibu pergi klinik Pakar, baru ibu tahu..

Ibu xbawak Fakhrul pergi klinik biasa. Tapi klinik Pakar kanak-kanak menjadi pilihan ibu. Ubat nye bagus disamping doktor nye memang berkelayakan dalam perubatan kanak2. Walaupun harganya agak mahal dari klinik biasa, pada ibu apa sahaja untuk anak ibu.

Selain ubat dari klinik, ibu juga cuba cara kampung. Ibu akan lumurkan badan Fakhrul dengan air asam jawa sekira nya badan Fakhrul panas. Air asam jawa elok untuk turun kan panas badan. Dan kalau Fakhrul selsema, Ibu akan tumbuk kunyit hidup, air dari kunyit tu ibu sapukan pada batang hidung & dahi. Kunyit hidup elok untuk legakan selsema & hidung tersumbat. Ibu dapat petua ni dari Mak Ngah Fakhrul.

Tengok je la gambar after ibu sapukan kunyit kat hidung Fakhrul.. Kuning je.. :)

Thursday, November 25, 2010

Pengasuh oh pengasuh

Sudah 4 hari ibu xlena tido. Semua nya gara2 pengasuh Fakhrul yang mintak carikan pengasuh lain. Adoi..mana ibu nak carikan? Alasan yang diberi pengasuh nak balik kg. Ibu betul2 susah hati. Mana ibu nak hantar Fakhrul kalau tak jumpa lagi pengasuh. Kalau boleh ibu tak mahu hantar Fakhrul kat Taska. Ibu risau & takut sekiranya apa2 berlaku kat Fakhrul kalau mereka tak jaga betul2. Macam2 yang ibu dengar tentang taska sekiranya mereka jaga baby. Mereka tidak akan memujuk baby sekiranya baby menangis. Mereka tidak boleh tumpukan pada semua baby sekiranya yang dijaga lebih dari seorang.

Sekarang ni ibu betul2 susah hati. Mana ibu nak hantar Fakhrul? Elok atau tidak pengasuh baru nanti yang akan jaga? hm..ape ibu nak buat kalau sekiranya terjadi apa2?

Ibu cuba mintak pertolongan dari jiran2. Balik dari kerja pun ibu cuba mencari no tel yang ditampal di kedai2. Ibu cuba mencari pengasuh yang terbaik buat anak ibu. Tinggal lagi 5 hari ibu kene cari pengasuh..mana ibu nak cari ni???

Wednesday, November 24, 2010

Sampai tertido..Bahagia nya


Sambil tido, sambil menyusu.. Bahagia rasa dapat meneruskan penyusuan untuk Fakhrul ini.. :)
Walaupun ibu sentiasa rasa susu ibu tidak mencukupi buat Fakhrul, ibu tahu itu hanyalah mainan perasaan ibu.. Ibu cuba memusabahkan diri untuk menyatakan bahawa Fakhrul puas minum susu ibu. Ibu bahagia bila Fakhrul tertido2 sambil menyusu. Akan ibu cuba sedaya upaya untuk meneruskan Breastfeeding ini. :)

Perbanyakkan Susu Ibu

Petua ini ibu dapat dari bibik Mak Ngah Fakhrul. Pada mula nya rase nye cukup memual kan. Ibu xsuke akan rasa nya, tapi bila di amalkan baru rasa sedap pulak..hehehe

Untuk ibu- ibu yang mahu memperbanyakkan susu ibu disamping mencantikkan kulit, boleh mencuba petua ini..

Asam Jawa
Ibu kunyit
Air gula

Air asam jawa perlu ditapis untuk mendapatkan air nya sahaja..ibu akan campurkan pada kunyit yang telah ditumbuk lumat..Gaulkan bersama asam jawa tersebut.



Kemudian tapis bagi mendapatkan air asam jawa dan kunyit tersebut. campurkan dengan air gula dan kacau..


Dah siap..senang kan?? Pada mula nya rasa memang agak xberapa boleh masuk dengan anak tekak ni, tapi setelah mencuba dalam beberapa kali, anda akan biasa dengan rasa nye.

Ibu mencuba untuk dalaman dan luaran. Pada ibu usaha untuk perbanyakkan susu adalah yang terbaik. Walaupun masih tiada tanda2 hasil nye, ibu tetap akan teruskan usaha ibu :)

Susu Ibu & Fakhrul


Salam semua..Ibu masih mencari apa2 cara untuk ibu perbanyakkan susu ibu ni..setakat ini ibu masih tidak dapat menyimpan stok yg banyak bagi susu ibu buat si kecil kesayangan ibu. Ibu tahu kebaikan susu ibu ni xterdapat dalam mana2 susu formula..Jadi ibu terus dan terus beusaha dalam membolehkan ibu mendapat sebanyak yg boleh dalam menambah stok yg ada..jadi ibu akan cuba pelbagai nasihat yg diberikan..


Kebetulan ayah ajak ibu pergi Jusco IOI tuk mencari susu Fakhrul yang dah habis..(Sedih xdapat wat stok susu ibu) Sedang mencari2 susu Fakhrul, ibu ternampak Susu untuk perbanyakkan susu ibu sekiranya ibu minum susu ini. Ibu pernah dengar kawan ibu suruh mencuba minum susu ini untuk menambahkan susu ibu. Jadi ibu tanpa segan silu meminta ayah belikan untuk ibu..he..Susu Fakhrul belum jumpa dah beli susu ibu lak..

Ini susu Fakhrul. S26 setakat ini tak ada masalah. Walaupun dah 3 susu ibnu tukar sementara ibu tak ada susu semasa Fakhrul masih 1hari..Ibu memang rugi serugi2 nye..Tapi siapa ibu tuk lawan takdir??

Ibu akan terus mencuba dan mencuba tanpa rasa putus asa. Sekurang2 nya ibu masih xmahu putuskan susu ibu dengan Fakhrul :)