RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Tuesday, March 1, 2011

Fakhrul 8 bulan


Sekejap je anak ibu dah membesar..Sekarang ni Fakhrul sudh 8 bulan. Macam2 anak ibu dah pandai..Time ni Fakhrul dah mule tepuk amai-amai bila ibu nyanyi lagu amai-amai..
Fakhrul juga dah pandai duduk..dah pandai merangkak walaupun sekejap-sekejap.

Bile ayah selalu outstation, Fakhrul cukup senang dijaga..Senang hati ibu..

Cume 1 yg memening kan kepala ibu..Fakhrul suke tido dalam keadaan mcm ni..adoi..penat ibu bile kene angkat sekali dengan bantal & hayun2 kan macam buai..untie Dayang punye idea la ni..macam2 la anak ibu ni..

Sunday, February 13, 2011

~Ibu semakin sibuk~

Salam semua...

Sekarang ni ibu xbanyak masuk mane2 laman blog..baik blog atau FB..
Citer nye begini..Ibu sekarang ni baru tukar kje dan bermula pada 7/2/2010 ari tu..Ibu sibuk pada malam hari bila ibu ambil kelas menjahit. Ilmu dimana2 sahaja..tinggal kite je yg kene berusaha mencari nye..

Ayah banyak menolong ibu dalam menjaga Fakhrul dan menolong ibu dalam kerja2 rumah..Terima kasih ayah...Love u so much..

bile ibu free, ibu akan cerita kn sedikit sebnyak ragam Fakhrul yg banyak ibu terlepas pandang tapi diingat kn oleh ayah..

Anak ibu dah mula nak merangkak..walaupun kejap2 jatuh, Fakhrul tetap semangat nak merangkak.. Nantikan cerita terbaru ye...

Tuesday, January 25, 2011

Fakhrul Merangkak

Wa...Happy sgt2 ibu dengan title ni..Betul ke?macam xcaya la..Dah besar anak ibu ni..Kejap je. Tak sangka Fakhrul dah semakin membesar dengan cepat nye.

Ni semua nye gara2 ibu balik kg la. Malam 22hb tu ibu ke rumah Nenek. sian nenek rindu kan cucu nye yg sorg ni. Malam tu si kecik ni pun try2 la angkat tangan & kaki (Gaya nak merangkak). Punye la terkejut kami semua..Laju ibu ambik fon rakam kan Fakhrul nak merangkak sebelum tertonyoh ke depan & nangis..Anak ibu kan kuat. (Gambar xdpt di publish kan sbb masih dalam fon).

Baru 6 bulan. Sesuatu yg sgt cepat bg ibu. Fakhrul memang nak merangkak since demam ni. happy ibu. Lepas ni bertambah nyaring la suara ibu ye..Sedang kan Fakhrul menyusur dah sampai bawah meja pun ibu dah bising..ni kan pulak after dpt kaki & tangan lak..adoi.. :)

Demam 6 Bulan


20/1/2011 ~ Cuti Thaipusam. Pakcik & Makcik Aishah bertolak ke Serawak. Pagi2 ibu & ayah dah bangun. Ibu siap kan sarapan sebelum mereka bertolak. Ayah pulak sibuk dengan Fakhrul. Memang semenjak 2 menjak ni Fakhrul ade selsema. Tapi batuk & panas xde. Sampai la hari ni Fakhrul dah nak sihat..Thats y ibu pun berani nak hantar kan pakcik ke LCCT.

Dalam pukul 10am kami dah bertolak. Pukul 11.30am Pakcik naik fligt. Ibu pun xde la plan ke mana memandang kan ayah & ibu xrehat lagi. Jadi kami terus balik..

Kebetulan ibu ade kelas jahit tudung. So ayah la teman kan Fakhrul kat rumah.
Balik dari kelas pun hmpir senja. Ibu bersembang jap dgn Jiran sebelah baru masuk rumah. Penat usah dikata la.. Tapi happy bile Fakhrul mau minum susu badan :)

Tiba2 malam pukul 11pm Fakhrul menangis xberhnti. Ibu & ayah pun sampai dah xtau nak buat ape..Ibu telefon Paklong & Opah.. Sampai la ke pagi Fakhrul masih xberhenti menangis..Tido pun kejap2 je. Sian sgt ibu tengok Fakhrul. Pagi2 ibu dan ayah bersiap terus ke Klinik pakar kanak-kanak.

Sepanjang kat klinik pun Fakhrul menangis xbrhnti. Ade yg kate Fakhrul nk tumbuh gg. Tapi bile org tua dgr suara Fakhrul, ade gak yg ckp ade yg 'mengikut' Fakhrul..Adoi..tolong la..pening ibu ni.

Bile doktor cek..Rupe2 nye kahak dah terkumpul kat kerongkong Fakhrul yg buatkan Fakhrul xselesa nak brnafas..sebab tu la Fakhrul menangis xberhenti je. So xpasal2 Fakhrul kene nebulizer selama 3 hari berturut2. Sian nye anak ibu..sok ibu masukkan gambar sepanjang 3 hari Fakhrul kene nebulizer tu..

Suhu badan Fakhrul dah kurang dari 38.2darjah after buat nebulizer tu.

Dah balik dari klinik baru Fakhrul nak senyum. Nangis pun xde la sampai xberhnti berejam2 lama nye..

Malam tu gak ibu balik kg. Maybe Fakhrul rindukan nenek & Opah nye. so sambung wat nebulizer kat kg je sampai hari ahad. Paling best Fakhrul dapat geng baru dalam family. Makcik Sera dapat baby boy pada Ahad tu.. Tahniah.

Friday, December 24, 2010

Botol Oh Botol

Ibu sangat susah hati sekarang.. Fakhrul tak nak minum susu pakai botol sekarang. Tak tau ape masalah nye. After makan ubat time demam seminggu tu, langsung tak nak susu dalam botol. Berhari gak Fakhrul tak minum susu sebab bile ibu & ayah sua je susu botol dalam mulut nye, Fakhrul akan menjerit2 menangis tak nak minum. Sampai ibu pun turut mengalirkan air mata susah hati. Tak sanggup ibu nak dengar Fakhrul menjerit2 macam tu.

Akhir nye Opah bagi Fakhrul makan. Time tu memang kesian sangat sebab kata opah perut Fakhrul berbunyi2 bila makanan tu masuk dalam perut. Nampak sangat betapa kosong nye perut Fakhrul.

Ape yang ibu risau kan sekarang time ibu hantar kat babysister Fakhrul tak nak botol. So macam mana ibu nak buat? Ibu risau sangat2.



Befor this ibu ada bagi Fakhrul botol jenama MAM. Elok sangat botol ni becouse puting nye like breast & sesuai tuk baby yang breastfeeding. Tapi disebabkan Fakhrul demam & ibu teman almost 4 days time Fakhrul demam, terus Fakhrul tak nak minum botol susu. Jadi ibu cube tanya pendapat2 kawan2 ibu di FB tentang pengalaman diaorg & ape tindakan selanjut nye..

Macam2 info yg ibu dapat..antara nya tukar susu..mungkin Fakhrul xsuke akan rasa susu tu dah..atau tukar puting susu. Hm..cakap pasal puting susu ni, ibu takut & risau lak..mane nak cari puting yang sesuai & yg Fakhrul suke..jadi ibu cube ganti kan dengan pelbagai puting..seperti dibawah ni..

Jenama Pigeon

Jenama Anak ku

Pelbagai lagi jenama yang diaorg suggest kan kat ibu. Ibu pun dah try beli jenama NUK, PUREEN & Ibu mencari Dr Baby pulak.

Tapi semua nye tak jalan..nampak nye ibu kene gak paksa. Bukan ape..Ibu risau kan kalau Fakhrul kat rumah pengasuh.Kalau Fakhrul tak nak botol,ape ibu nak buat?

Buntu...buntu..

Wednesday, December 22, 2010

Kene ketegur atau demam biasa?

Kesian sangat ank ibu ni. Kali ni demam sekejap2 panas, kejap2 kang ok. :(
After cucuk for 5 month, anak ibu terus naik panas. Memang ibu akan bawak Fakhrul gi cucuk kat klinik kerajaan, tapi kali ni ibu dah serik. Dah 5 bulan pun still kene demam lagi..Something wrong x??? Sebelum ni memang Mak Long & Opah xbagi cucuk kat kerajaan. Tapi ibu degil. Bagi ibu xde beza nya kerajaan atau swasta. Cucuk yg sama. Tapi sekarang buat ibu fikir 3 4 kali. After this, ibu kene cube kat Klinik Kanak2 lak..

Sebelum ni Fakhrul selsama jangkit kat "Ibu" Nani (Pengasuh baru). Tapi baru baik dalam 2 hari dah panas balik badan nye. Ni semua gara2 cucuk for 5 month. Tapi fikir2 balik, malam tu ibu ada keluar makan malam kat kedai. Adakah sebab itu juga??

Seharian Fakhrul meragam. Tak nak tido, tak nak susu..ibu dah mati akal. Ape ibu nak buat? Fakhrul asyik nak berdukung. Menangis tak berhenti. Sebelum ni Fakhrul tak pernah macam ni. Even sakit pun tak pernah meragam sampai tak tido malam. Sedih sangat2 hati ibu tengok anak ibu macam ni. Tapi bak kata Ayah, Kalau ibu tensen, Anak pun akan tensen gak.

Dah 3 hari Fakhrul demam. Panas sekejap ok, sekejap naik balik. Ibu dah berulang alik ke klinik pakar untuk rujukan. Tapi still tak ok gak. Jadi bile panas nye naik je, ibu terus siapkan barang2 tuk aktiviti melumurkan badan Fakhrul.


Ini daun bunga raya warna putih. Ibu dapat petua dari "Ibu" Nani. Daun ni agak kecil dari daun bunga raya biasa. Petang tu ayah jalan2 sambil petik daun nye. Malam tu ibu telanjang kan Fakhrul, bentangkan kain & sesi melumurkan badan Fakhrul dengan lendir daun tu pun berlaku. Fakhrul agak terkejut kot sebab maybe sejuk sikit daun tu bile kene badan.


Muke Fakhrul pun pelik je bile dilumur kan..Kejap2 menangis gak bile kene kasar2 dari daun tu. Ibu sapukan seluruh badan Fakhrul dengan daun bunga raya.


Begini la keadaan Fakhrul after dilumurkan..penuh daun2 kat badan & muke nye..


Ibu ambik sikit kunyit & tumbuk sampai halus. Ibu sapukan air kunyit tu kat batang hidung Fakhrul & dahi tu.


Dah macam anak teting x?? Hehehe..Habis kuning muke Fakhrul dengan kunyit. Ibu biarkan sampai kering baru ibu lap badan Fakhrul. Sepanjang demam ni ibu xbagi Fakhrul pakai baju tebal2 dan lengan panjang. Biar panas tu keluar. Kalau bagi pakai yg tebal2 disebabkan takut sejuk, akan memudaratkan lagi demam tu. Ini disebabkan panas badan tak dapat dilepaskan keluar dan akan menambahkan suhu panas itu lagi.


Tengok je la aksi anak ibu ni. Walaupun demam tak kebah2, Fakhrul tetap aktif seperti selalu. Ini membuat hati ibu sedikit lega. Doktor pun cakap macam tu. Kalau baby aktif, ini bermakna baby tu demam biasa je. Alhamdulillah..sekarang ni anak ibu dah elok dari demam. tak sampai 3 hari after jumpa doktor untuk kali ke-3. Maybe ubat doktor bagi tu membuatkan ank ibu sihat dah. :)

Monday, December 13, 2010

Fakhrul 5 Bulan


Salam semua para ibu-ibu..
Ibu hari ni bawak Fakhrul pergi cucuk untuk 5 bulan. Alhamdulillah..Fakhrul dah semakin membesar. Walaupun kali ini berat Fakrul agak berkurangan berbanding bulan lepas disebabkan Fakhrul sering demam2 dan selsema, tapi doktor mengesahkan bahawa Fakhrul sihat.

Bulan depan ibu akan prepair kan makanan pertama Fakhrul. Jadi sementara ibu belum tahap sibuk di ofis, ibu akan menyibukkan diri untuk mencari seberapa banyak maklumat tentang makanan pertama si manja. Ibu ada bertanyakan pada kawan-kawan dan menjenguk pada beberapa blog ibu-ibu yang menceritakan tentang makanan si manja mereka. Tak sabar ibu nak menyediakan makanan tuk Fakhrul. Di peti ais ibu pun ibu ada tampalkan jadual pemakanan Fakhrul. he..nanti ibu akan tampalkan di Blog juga..Sekarang ibu akan sambung tuk mencari pelbagai maklumat lagi..k??
:)