Alahamdulillah..Allah panjangkan umur ibu untuk menjengok dan menulis blog..sudah bertahun agaknya ibu tak bukak blog..bila bukak, terasa berada di dunia itu kembali..sekarang Ibu dah ada seorang hero lagi..sangat2 gembira ditambahkan pula Ibu dah jadi seorang House wife untuk menjaga anak2 Ibu.
Terlalu rindu nak mengarang blog..terlalu rindu nak membaca blog2 dari follower..terlalu rindu melihat setiap catatan tentang perkembangan abang Arul yang kini dah 3 tahun 4Bulan..Alhamdulillah..semuanya kehendak Allah S.W.T. Ibu sangat2 bersyukur atas nikmat dan rezeki yang bertambah ini..
Faqeh Muhammad..Dilahirkan pada 28/2/2013..Berat 2.81..Pada pukul 8am..Semua berkait dengan 8 (^_^) .Anak kedua ini Ibu panggil dengan panggilan manja Adik..kadang2 Aqeh..Tak banyak ragam..tapi bila Ibu jaga sendiri ni memang BF sepenuhnya..Alhamdulillah..dapat memberi BF tanpa campur. Walaupun pada mulanya seminggu Ibu 'tumpangkan' susu badan dekat MakLong. Atas dorongan semua pihak yang mengelilingi Ibu, Ibu dapat memberi sepenuhnya BF pada anak ibu yang sorang ni..
Sekarang Abang Arul / Abg Long dah ada adik. Tak susah untuk Abg Long terima kehadiran org baru. Abg Long pun nampak macam ternanti2 kawan tuk bermain. Tapi Adik kecik lagi tau..Jangan terlalu kasar. Abg memang agak kasar kalau bermain. Tapi dia sayang sgt kat adik. Ibu tak boleh marah adik, nanti abg marah ibu balik :P
Untuk hari sekembali nya Ibu di blog ini, ibu harap dapat menambahkan kenalan dan pengalaman masing2 dalam perkembangan anak2..Boleh berkongsi idea dan paling best sekali dapat mendekatkan diri dengan aktiviti kawan2 yang lain..seronok sangat2.. Sekian..Wassalam..
No comments:
Post a Comment