RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Saturday, October 30, 2010

Fakhrullah Muhammad



Alhamdulillah..
Ibu selamat melahirkan seorang putera pada 10/7/2010 tepat pukul 6.59pm..Ibu tidak perlu menanggung begitu lama kesakitan..hanya dengan beberapa kali teran, baby pun selamat keluar..Ibu bersalin di Hospital Putrajaya..
Ibu langsung tak punya banyak masa tuk menaip blog..terlalu banyak masalah yang Ibu hadapi sepanjang mengandung..terasa pelik bile Ibu xboleh tengok komputer..terasa loyar sangat..Ibu juga langsung xboleh makan makanan kegemaran Ibu sendiri..jangan kata merasa, melihat nya sahaja Ibu dah loyar..

Semasa mengandung Ibu juga menghadapi keadaan mabuk dimana sentiasa muntah2..Ibu juga tak boleh berhadapan dengan sesetengah orang sebab membuatkan Ibu rasa loya..Kadang2 terasa kelakar juga..

Ketika usia kandungan Ibu 2 bulan, Ibu didapati menghadapi demam denggi..seminggu Ibu terlantar dan mabuk Ibu juga agak teruk..Ibu hanya terbaring sahaja..sukar untuk Ibu bangun melakukan apa2 kerja..
Pada kandungan 5 bulan Ibu tergelincir di bilik air..selamat Ayah tak ke outstation..jadi kami pergi buat pemeriksaan di Klinik Anisa dan kami mendapat berita yg xkn kami lupa kan..iaitu kami bakal mendapat baby boy..

Alhamdulillah..sepanjang Ibu mengandung, aku xde rasa nak marah atau rasa mengikut perasaan..cume agak sensitif..sentiasa mahu mengangis kalau ade yg terasa..sampai Ayah xboleh nak kata apa..
Pada kandungan 8 bulan Ibu ditahan selama seminggu di hospital Putrajaya..semuanya gara2 kesakitan yg Ibu alami di bahagian perut..semua ingat Ibu dah nak bersalin..tapi sebenarnya Ibu rasa senak kerana terlalu bnyak keje yang Ibu lakukan time dirumah..

Seminggu dari yang dijangka iaitu 10/7/2010, Ibu telah turun tanda pada tengah hari ketika Ibu sedang masak..ikutkan Ibu due pada 18/7/2010..tetapi baby memang xsabar nak keluar..

Agak seronok mempunyai pengalaman mengandung dan bersalin ni..Pada Ibu ia amat berharga dan sentiasa Ibu ingat sampai bila2..Tak kisah la kalau Ibu masih terasa mahu mengandung untuk kali ke-2.. :)

No comments:

Post a Comment