RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Tuesday, November 2, 2010

Ragam Fakhrul

Semalam aku agak tensen..Fakhrul meragam..bukan semalam sahaja, tapi dah 3 hari dia meragam nak berdukung..pada mula nya sesuatu telah mengejutkan aku & hubby..Pada hari jumaat 29/10/10 Fakhrul menunjukkan yg dia dah pandai menerap..memang agak cepat sebab Fakhrul baru 3 bulan 18 hari. Tak sangka..aku terus maklumkan pada Opah nye..Opah pun teruja dengar Fakhrul cepat sangat menerap sedangkan Adriana 5 bulan baru menerap..

Kemungkinan Fakhrul yang mempunyai berat yg ringan..aku xtau nak berkongsi dengan siapa..habis dengan semua org aku call bagitahu tentang Fakhrul..

Cume semenjak Fakhrul menerap ni dia agak meragam..xboleh nak letak langsung..pasti dia menerap dan xdapat nak control kepalanya..sampai 1 tahap aku pun naik bosan..bile ayahnya balik, baru aku dapat rehat..cume aku simpati sangat pada Fakhrul sebab aku xbanyak layan dia.. :(

Semalam Fakhrul menangis sepanjang malam..aku andaikan mungkin disebabkan kami keluar malam dan ada 'bende' ikut..tapi rupenye Fakhrul xnak menyusu dgn aku lagi..dia nak hisap botol..aku agak sedih dan rasa terpinggir..lepas Fakhrul tido, aku peluk dia dan tido bersama sehingga pagi..rasa semacam bile dia dah x menyusu badan ni..

Aku nak tengok macam mana malam ni..adakah dia masih xmahu menyusu badan??aku pun dah xde mood nak perah bila jadi macam ni..sebab keputusan nye sama..bila aku perah hanya akan dapat 1 onz sahaja.. :(

No comments:

Post a Comment