RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Friday, December 3, 2010

~Demam Lagi~

Tengok la anak ibu ni..Setiap kali pergi cucuk, sure demam. Seminggu sebelum pengasuh lama berhenti, Fakhrul demam selsema..Hari pertama hantar Fakhrul kat pengasuh baru, demam.. Tak sampai sebulan demam selsema lagi..

Seminggu sekali mesti ibu terpaksa ambil cuti becouse of demam Fakhrul ni. Ibu & Ayah bergilir menjaga Fakhrul yg xberapa sihat. Hati ibu sedih sgt tengok anak ibu meragam sebab tak selesa hidung tersumbat.

Ibu xgalak kan Fakhrul makan ubat. Baby xelok makan ubat dan tido sahaja. Sebelum ni ibu tak tahu pun dan setiap kali Fakhrul sakit, ibu akan bagi makan ubat supaya Fakhrul tido & rehat secukup nye..Rupe nye itu tak elok untuk baby. After ibu pergi klinik Pakar, baru ibu tahu..

Ibu xbawak Fakhrul pergi klinik biasa. Tapi klinik Pakar kanak-kanak menjadi pilihan ibu. Ubat nye bagus disamping doktor nye memang berkelayakan dalam perubatan kanak2. Walaupun harganya agak mahal dari klinik biasa, pada ibu apa sahaja untuk anak ibu.

Selain ubat dari klinik, ibu juga cuba cara kampung. Ibu akan lumurkan badan Fakhrul dengan air asam jawa sekira nya badan Fakhrul panas. Air asam jawa elok untuk turun kan panas badan. Dan kalau Fakhrul selsema, Ibu akan tumbuk kunyit hidup, air dari kunyit tu ibu sapukan pada batang hidung & dahi. Kunyit hidup elok untuk legakan selsema & hidung tersumbat. Ibu dapat petua ni dari Mak Ngah Fakhrul.

Tengok je la gambar after ibu sapukan kunyit kat hidung Fakhrul.. Kuning je.. :)

No comments:

Post a Comment