RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Wednesday, December 22, 2010

Kene ketegur atau demam biasa?

Kesian sangat ank ibu ni. Kali ni demam sekejap2 panas, kejap2 kang ok. :(
After cucuk for 5 month, anak ibu terus naik panas. Memang ibu akan bawak Fakhrul gi cucuk kat klinik kerajaan, tapi kali ni ibu dah serik. Dah 5 bulan pun still kene demam lagi..Something wrong x??? Sebelum ni memang Mak Long & Opah xbagi cucuk kat kerajaan. Tapi ibu degil. Bagi ibu xde beza nya kerajaan atau swasta. Cucuk yg sama. Tapi sekarang buat ibu fikir 3 4 kali. After this, ibu kene cube kat Klinik Kanak2 lak..

Sebelum ni Fakhrul selsama jangkit kat "Ibu" Nani (Pengasuh baru). Tapi baru baik dalam 2 hari dah panas balik badan nye. Ni semua gara2 cucuk for 5 month. Tapi fikir2 balik, malam tu ibu ada keluar makan malam kat kedai. Adakah sebab itu juga??

Seharian Fakhrul meragam. Tak nak tido, tak nak susu..ibu dah mati akal. Ape ibu nak buat? Fakhrul asyik nak berdukung. Menangis tak berhenti. Sebelum ni Fakhrul tak pernah macam ni. Even sakit pun tak pernah meragam sampai tak tido malam. Sedih sangat2 hati ibu tengok anak ibu macam ni. Tapi bak kata Ayah, Kalau ibu tensen, Anak pun akan tensen gak.

Dah 3 hari Fakhrul demam. Panas sekejap ok, sekejap naik balik. Ibu dah berulang alik ke klinik pakar untuk rujukan. Tapi still tak ok gak. Jadi bile panas nye naik je, ibu terus siapkan barang2 tuk aktiviti melumurkan badan Fakhrul.


Ini daun bunga raya warna putih. Ibu dapat petua dari "Ibu" Nani. Daun ni agak kecil dari daun bunga raya biasa. Petang tu ayah jalan2 sambil petik daun nye. Malam tu ibu telanjang kan Fakhrul, bentangkan kain & sesi melumurkan badan Fakhrul dengan lendir daun tu pun berlaku. Fakhrul agak terkejut kot sebab maybe sejuk sikit daun tu bile kene badan.


Muke Fakhrul pun pelik je bile dilumur kan..Kejap2 menangis gak bile kene kasar2 dari daun tu. Ibu sapukan seluruh badan Fakhrul dengan daun bunga raya.


Begini la keadaan Fakhrul after dilumurkan..penuh daun2 kat badan & muke nye..


Ibu ambik sikit kunyit & tumbuk sampai halus. Ibu sapukan air kunyit tu kat batang hidung Fakhrul & dahi tu.


Dah macam anak teting x?? Hehehe..Habis kuning muke Fakhrul dengan kunyit. Ibu biarkan sampai kering baru ibu lap badan Fakhrul. Sepanjang demam ni ibu xbagi Fakhrul pakai baju tebal2 dan lengan panjang. Biar panas tu keluar. Kalau bagi pakai yg tebal2 disebabkan takut sejuk, akan memudaratkan lagi demam tu. Ini disebabkan panas badan tak dapat dilepaskan keluar dan akan menambahkan suhu panas itu lagi.


Tengok je la aksi anak ibu ni. Walaupun demam tak kebah2, Fakhrul tetap aktif seperti selalu. Ini membuat hati ibu sedikit lega. Doktor pun cakap macam tu. Kalau baby aktif, ini bermakna baby tu demam biasa je. Alhamdulillah..sekarang ni anak ibu dah elok dari demam. tak sampai 3 hari after jumpa doktor untuk kali ke-3. Maybe ubat doktor bagi tu membuatkan ank ibu sihat dah. :)

No comments:

Post a Comment