RSS

Pengikut Blog Ibu

Jom ibu2..kite nuff!!

Thursday, November 25, 2010

Pengasuh oh pengasuh

Sudah 4 hari ibu xlena tido. Semua nya gara2 pengasuh Fakhrul yang mintak carikan pengasuh lain. Adoi..mana ibu nak carikan? Alasan yang diberi pengasuh nak balik kg. Ibu betul2 susah hati. Mana ibu nak hantar Fakhrul kalau tak jumpa lagi pengasuh. Kalau boleh ibu tak mahu hantar Fakhrul kat Taska. Ibu risau & takut sekiranya apa2 berlaku kat Fakhrul kalau mereka tak jaga betul2. Macam2 yang ibu dengar tentang taska sekiranya mereka jaga baby. Mereka tidak akan memujuk baby sekiranya baby menangis. Mereka tidak boleh tumpukan pada semua baby sekiranya yang dijaga lebih dari seorang.

Sekarang ni ibu betul2 susah hati. Mana ibu nak hantar Fakhrul? Elok atau tidak pengasuh baru nanti yang akan jaga? hm..ape ibu nak buat kalau sekiranya terjadi apa2?

Ibu cuba mintak pertolongan dari jiran2. Balik dari kerja pun ibu cuba mencari no tel yang ditampal di kedai2. Ibu cuba mencari pengasuh yang terbaik buat anak ibu. Tinggal lagi 5 hari ibu kene cari pengasuh..mana ibu nak cari ni???

Wednesday, November 24, 2010

Sampai tertido..Bahagia nya


Sambil tido, sambil menyusu.. Bahagia rasa dapat meneruskan penyusuan untuk Fakhrul ini.. :)
Walaupun ibu sentiasa rasa susu ibu tidak mencukupi buat Fakhrul, ibu tahu itu hanyalah mainan perasaan ibu.. Ibu cuba memusabahkan diri untuk menyatakan bahawa Fakhrul puas minum susu ibu. Ibu bahagia bila Fakhrul tertido2 sambil menyusu. Akan ibu cuba sedaya upaya untuk meneruskan Breastfeeding ini. :)

Perbanyakkan Susu Ibu

Petua ini ibu dapat dari bibik Mak Ngah Fakhrul. Pada mula nya rase nye cukup memual kan. Ibu xsuke akan rasa nya, tapi bila di amalkan baru rasa sedap pulak..hehehe

Untuk ibu- ibu yang mahu memperbanyakkan susu ibu disamping mencantikkan kulit, boleh mencuba petua ini..

Asam Jawa
Ibu kunyit
Air gula

Air asam jawa perlu ditapis untuk mendapatkan air nya sahaja..ibu akan campurkan pada kunyit yang telah ditumbuk lumat..Gaulkan bersama asam jawa tersebut.



Kemudian tapis bagi mendapatkan air asam jawa dan kunyit tersebut. campurkan dengan air gula dan kacau..


Dah siap..senang kan?? Pada mula nya rasa memang agak xberapa boleh masuk dengan anak tekak ni, tapi setelah mencuba dalam beberapa kali, anda akan biasa dengan rasa nye.

Ibu mencuba untuk dalaman dan luaran. Pada ibu usaha untuk perbanyakkan susu adalah yang terbaik. Walaupun masih tiada tanda2 hasil nye, ibu tetap akan teruskan usaha ibu :)

Susu Ibu & Fakhrul


Salam semua..Ibu masih mencari apa2 cara untuk ibu perbanyakkan susu ibu ni..setakat ini ibu masih tidak dapat menyimpan stok yg banyak bagi susu ibu buat si kecil kesayangan ibu. Ibu tahu kebaikan susu ibu ni xterdapat dalam mana2 susu formula..Jadi ibu terus dan terus beusaha dalam membolehkan ibu mendapat sebanyak yg boleh dalam menambah stok yg ada..jadi ibu akan cuba pelbagai nasihat yg diberikan..


Kebetulan ayah ajak ibu pergi Jusco IOI tuk mencari susu Fakhrul yang dah habis..(Sedih xdapat wat stok susu ibu) Sedang mencari2 susu Fakhrul, ibu ternampak Susu untuk perbanyakkan susu ibu sekiranya ibu minum susu ini. Ibu pernah dengar kawan ibu suruh mencuba minum susu ini untuk menambahkan susu ibu. Jadi ibu tanpa segan silu meminta ayah belikan untuk ibu..he..Susu Fakhrul belum jumpa dah beli susu ibu lak..

Ini susu Fakhrul. S26 setakat ini tak ada masalah. Walaupun dah 3 susu ibnu tukar sementara ibu tak ada susu semasa Fakhrul masih 1hari..Ibu memang rugi serugi2 nye..Tapi siapa ibu tuk lawan takdir??

Ibu akan terus mencuba dan mencuba tanpa rasa putus asa. Sekurang2 nya ibu masih xmahu putuskan susu ibu dengan Fakhrul :)

Thursday, November 11, 2010

Abah..Bagi la balik tangan Ita..



Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.

Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata... 'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Breastfeeding


Semalam ada seorang kaunselor dari K.L call ibu berkenaan breastfeeding. Ibu ada meluahkan perasaan pada seorang rakan di FaceBook tentang susu ibu yang terlalu kurang dan menyebabkan anak ibu xmahu menyusu. Ibu agak sedih dan meluahkan kepada rakan ibu tu dan rakan ibu cuba membantu dengan memberi no tel ibu kepada kaunselor di sini. Ibu berminat sangat tentang breastfeding ni. Dan ibu sentiasa mengamalkan petua yang diberi. Tak kira la dari segi urutan atau minuman, ibu mesti berusaha mendapatkan nya. Sekarang ibu berasa semangat bila kaunselor dari K.L tu memberikan kata-kata semangat tuk ibu terus kan Breastfeeding. Terima kasih to
http://mamaqaireen.blogspot.com/
kerana banyak membantu ibu dalam mendalami tentang penyusuan susu ibu ini.

Perasaan ibu dalam memberi susu ibu cukup mendalam. Ibu suke dan gembira dapat memberi susu kerana ibu berasa sangat rapat dengan ank ibu. Ibu dapat memegang kepala dan tangan anak ibu. sambil menyusukan ibu dapat bercerita dan Fakhrul memberi tindak balas terhadap apa yang ibu sampai kan. kerana itu lah ibu terlalu berusaha dalam meneruskan penyusuan ibu ini. Terima kasih kepada yang berkenaan kerana membantu ibu.

Tambah Susu Badan


Ibu memang kurang sangat susu badan. Kadang2 terasa sedih gak sebab terpaksa campurkan susu Fakhrul dengan formula. Adakala nya susu ibu xcukup untuk Fakhrul. Ada sekali Fakhrul mengamuk setiap kali minum susu ibu. Ibu tetap berkeras nak mnyusukan Fakhrul tanpa bagi susu formula. Atlast ibu terpaksa mengalah jugak bila jam menunjukkan pukul 2am. Sian kat ayah yang xtido tengok Fakhrul menangis. Susah hati ayah tengok Fakhrul macam tu. After Ayah bagi susu formula, baru Fakhrul tido kekenyangan.Hm...Sedih ibu..

So tuk hari2 berikut nya ibu cuba untuk perbanyakkan susu. Ibu ada ternampak kat Fabulous Mom teh untuk ibu2 menyusu. Ibu pun beli la tuk percubaan. Kandungan Teh tu hanyalah rempah2 tuk masak kari. Ibu cuba tuk seminggu. Hm..agak nye tak berapa sesuai dengan ibu kot. So ibu agak kecewa jugak.

Tak pe la..Sekurang2 nya ibu berusaha. Ibu takkan berputus asa menyusukan Fakhrul. Ayah pun memberi dorongan pada ibu dan selalu bercakap dengan Fakhrul tuk minum susu ibu sebab ayah tau kebaikan susu ibu sangat besar.Terima kasih ayah..

Wednesday, November 10, 2010

Fakhrul & Kerja Rumah

Memang agak sukar nak buat 2 kerja dalam 1 masa yang sama. Kadang2 terpaksa bergilir dengan ayah tuk jaga Fakhrul sementara ibu kemas rumah & memasak. Lepas ayah habis makan, baru ibu makan lak. Macam tu gak kalau berjaga malam. Kalau tiba masa nya Fakhrul tak nak tido, ibu akan bergilir dengan ayah. If ayah dah jaga pada ke esokan nya, ibu lak yg berjaga tuk Fakhrul. Nampak macam sukar, tapi seronok melayan si kecil.

Ayah sibuk dengan ikan gapi nye sekarang. Jadi ibu terpaksa jaga Fakhrul sambil buat kerja rumah. Ibu tak boleh biarkan Fakhrul sorang2. Kalau tak Fakhrul akan menerap dan tonyoh muka tu kat toto. Kadang2 ibu x perasan Fakhrul muak dan kena pada seluruh muka. Takut jugak muak tu akan buat anak ibu lemas.. Jadi tuk elak kan perkara itu, ibu buat cara begini je.

Lepas habis kerja2 rumah ibu, baru ibu perasan Fakhrul dah tertido. Bukan main sedap lagi dapat di dukung macam ni. Senyap je. Tak bunyi langsung. Cuba kalau dibiar kan. Mau Bising mulut nye memanggil Ibu & Ayah supaya layan dia. :) Macam2 anak ibu ni..

Fakhrul 4 Bulan


Semalaman Fakhrul x tido. Dah jadi rutin bila nak cukup bulan mesti x tido sampai 2 3 pagi. Ape yang ibu nampak Fakhrul dah pandai macam2. Dah pandai mintak dukung, dah nak kenal2 orang, dah pandai main, dah tau nak bersembang.Kalau dapat bersembang siap main2 air liur lagi..He..bahagia ibu tengok perkembangan anak ibu. kadang2 ibu nak tinggal kan sekejap pun ibu xsampai hati. Seronok melayan pelbagai kerenah Fakhrul. :)

~Merangkak~


Tak sangka ibu anak ibu dah makin membesar..pejam celik, pejam celik ibu xsangka Fakhrul dah boleh menerap. Pada mula nya ibu macam x percaya bila Ayah maklumkan kat ibu yang Fakhrul boleh menerap. Time tu pun ibu belum masuk rumah coz balik dari kerja. Hilang penat ibu melihat Fakhrul berusaha memusingkan badan..hampir x percaya coz Fakhrul baru 3 bulan.

Ini lah punca Fakhrul meragam dan demam hari tu. Ibu & Ayah bergilir2 ambil cuti semata2 kerana Fakhrul demam. Sampai naik kuning seluruh badan Fakhrul ibu lumurkan dengan kunyit dan asam jawa. Alhamdulillah kebah jugak panas Fakhrul petang tu. Bukan ibu xnak bawak gi klinik, tapi kereta ibu masuk bengkel. Ibu xsuka nak menyusah kan orang lain tuk hantar & berambik..biar la ibu usaha sendiri.

Tak kisah la kalau Fakhrul dah boleh menerap..ibu betul2 gembira..Tak lama lagi Fakhrul boleh merangkak, kemudian bertatih dan berjalan..tak sabar ibu nak tunggu langkah Fakhrul seterus nye.

Tuesday, November 2, 2010

Ragam Fakhrul

Semalam aku agak tensen..Fakhrul meragam..bukan semalam sahaja, tapi dah 3 hari dia meragam nak berdukung..pada mula nya sesuatu telah mengejutkan aku & hubby..Pada hari jumaat 29/10/10 Fakhrul menunjukkan yg dia dah pandai menerap..memang agak cepat sebab Fakhrul baru 3 bulan 18 hari. Tak sangka..aku terus maklumkan pada Opah nye..Opah pun teruja dengar Fakhrul cepat sangat menerap sedangkan Adriana 5 bulan baru menerap..

Kemungkinan Fakhrul yang mempunyai berat yg ringan..aku xtau nak berkongsi dengan siapa..habis dengan semua org aku call bagitahu tentang Fakhrul..

Cume semenjak Fakhrul menerap ni dia agak meragam..xboleh nak letak langsung..pasti dia menerap dan xdapat nak control kepalanya..sampai 1 tahap aku pun naik bosan..bile ayahnya balik, baru aku dapat rehat..cume aku simpati sangat pada Fakhrul sebab aku xbanyak layan dia.. :(

Semalam Fakhrul menangis sepanjang malam..aku andaikan mungkin disebabkan kami keluar malam dan ada 'bende' ikut..tapi rupenye Fakhrul xnak menyusu dgn aku lagi..dia nak hisap botol..aku agak sedih dan rasa terpinggir..lepas Fakhrul tido, aku peluk dia dan tido bersama sehingga pagi..rasa semacam bile dia dah x menyusu badan ni..

Aku nak tengok macam mana malam ni..adakah dia masih xmahu menyusu badan??aku pun dah xde mood nak perah bila jadi macam ni..sebab keputusan nye sama..bila aku perah hanya akan dapat 1 onz sahaja.. :(